Kajian Perbandingan Model Bandar Pintar di Beberapa Bandar Terpilih di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.17576/jqma.2002.2024.12Keywords:
bandar pintar, perancangan strategik, kemampanan bandar, MalaysiaAbstract
Perkembangan teknologi dan era globalisasi yang pesat di dunia serta permasalahan perbandaran yang dihadapi menjadi pemacu dan pemangkin dalam pembentukan bandar pintar. Bagi membentuk bandar pintar yang mencapai matlamat dan objektif yang digariskan, pembuat dasar perlu menyediakan rangka kerja atau model bandar pintar yang jelas, objektif dan strategik seterusnya memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat. Pembentukan model bandar pintar di Malaysia dijadikan sebagai perancangan strategik sama ada di peringkat persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa tempatan yang menjadi panduan pelaksanaan kepada semua pihak berkepentingan. Kajian ini merupakan suatu tinjauan awal berhubung pembentukan model bandar pintar di Malaysia berdasarkan kepada penyediaan rangka kerja yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan model, domain dan matlamat dalam pembentukan bandar pintar di Malaysia berbanding model bandar pintar global. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kepada rangka kerja dan bahan kepustakaan yang berkaitan dengan bandar pintar di peringkat global dan Malaysia. Melalui analisis yang dijalankan didapati model pembentukan bandar pintar yang dibangunkan di peringkat persekutuan, negeri dan pihak tempatan di Malaysia
adalah seiring dengan model bandar pintar global yang telah terbukti kejayaannya dalam membentuk bandar pintar dunia. Penunjuk prestasi dan matlamat yang seiring di peringkat global menjamin pembentukan bandar pintar yang mampan di Malaysia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal of Quality Measurement and Analysis

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC BY 4.0).
This license permits unrestricted use, distribution, and reproduction in any medium, provided the original work is properly cited.




