Pengukuhan Tadbir Urus Islam Melalui Penggunaan Model Kano: Kajian Kes Prinsip UMI di Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.17576/jqma.22si.2026.20Keywords:
Prinsip UMI, Model Kano, tadbir urus IslamAbstract
Sistem Pengurusan Kualiti Islam (SPKI) berpaksikan asas Iman, Syariat dan Ihsan menuntut satu kerangka pentadbiran yang menyeluruh dan bersepadu. Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan Prinsip ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) sejak tahun 1990 sebagai teras dasar Membangun Bersama Islam, namun pelaksanaannya berdepan dengan beberapa kekangan utama, termasuk ketiadaan piawaian yang seragam, instrumen audit yang tidak selaras, dan struktur governan yang tidak komprehensif. Pada masa yang sama, piawaian MS 1900:2015 telah diperkenalkan di peringkat nasional, namun ia masih mempunyai ruang penambahbaikan yang boleh ditampung oleh Prinsip UMI. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada pembangunan instrumen Model Kano bagi menambah baik pelaksanaan Prinsip UMI dalam konteks pentadbiran awam. Model Kano dipilih kerana kekuatan utamanya ialah keupayaan menangkap sifat asimetri antara kepuasan dan ketidakpuasan melalui klasifikasi atribut kepada kategori Must-be, One-dimensional, Attractive, Indifferent, Reverse dan Questionable. Analisis jurang terhadap dokumen rasmi UMI dan analisis tematik terhadap wawancara bersama pakar juga di gunakan sebelum diterjemahkan ke dalam soal selidik berbentuk pasangan soalan fungsi dan bukan fungsi. Instrumen ini kemudiannya digunakan untuk menguji kesesuaian Model Kano bagi menilai elemen-elemen Prinsip UMI sebagai asas, prestasi atau nilai tambah. Berdasarkan pengumpulan data lapangan yang melibatkan 464 responden dalam kalangan kakitangan awam, hasil analisis empirikal membuktikan bahawa Model Kano berpotensi besar diaplikasikan dalam tadbir urus Islam, khususnya untuk memperkukuh integrasi antara piawaian kualiti berasaskan syariah dengan falsafah pengurusan Islam.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Journal of Quality Measurement and Analysis

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC BY 4.0).
This license permits unrestricted use, distribution, and reproduction in any medium, provided the original work is properly cited.




