Penambahbaikan Prinsip Umi: Satu Analisis Terhadap Kajian Awam Negeri Kelantan Menerusi Model Kano

Authors

  • Zuhimi Abd Rahman Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
  • Nur Riza Mohd Suradi Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.17576/jqma.2104.2025.19

Keywords:

model Kano, Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan (UMI), pengurusan kualiti Islam

Abstract

Kajian ini menilai penambahbaikan Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah, dan Itqan (UMI) dalam sektor awam Negeri Kelantan menggunakan model Kano bagi memahami tahap kepuasan dan keutamaan penjawat awam dalam pelaksanaannya. Sejak diperkenalkan pada tahun 1990, prinsip ini menjadi asas pentadbiran negeri, namun memerlukan penambahbaikan agar kekal relevan dan berkesan dalam memperkukuh nilai Islam dalam pengurusan organisasi. Kajian ini menggunakan kaedah campuran (mixed-method) melalui analisis dokumen dan soal selidik yang melibatkan 464 responden, dianalisis menggunakan SPSS 16.0. Dapatan menunjukkan bahawa 54% faktor dikategorikan sebagai Satu Dimensi (O), 20% sebagai Mesti Ada (M), dan 9% sebagai Menarik (A), dengan Tonggak Mas’uliyyah menjadi aspek utama yang perlu diperbaiki, khususnya dalam pematuhan syariah, perlindungan hak kakitangan, dan keadilan dalam sistem kerja. Selain itu, Tonggak Ubudiyyah menekankan pembudayaan nilai tauhid dan prinsip syura, manakala Tonggak Itqan memberi fokus kepada ketekunan, profesionalisme, dan penilaian etika kerja. Faktor dalam Kategori Satu Dimensi (O) mempunyai hubungan langsung dengan kepuasan penjawat awam, di mana peningkatan terhadap faktor ini akan meningkatkan kepuasan, manakala kegagalan memenuhi Kategori Mesti Ada (M) boleh mencetuskan ketidakpuasan. Oleh itu, penyelarasan Prinsip UMI dengan keperluan semasa adalah penting bagi memastikan prinsip ini kekal relevan dan berdaya maju dalam sektor awam. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan pemantapan dasar, penyelarasan polisi, dan pembangunan modal insan berteraskan nilai Islam bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan UMI. Penyesuaian prinsip ini dengan keperluan semasa bukan sahaja memastikan penerapan nilai Islam secara holistik, tetapi juga meningkatkan kecekapan, integriti, dan kesejahteraan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka

Downloads

Published

12-12-2025

How to Cite

Rahman , Z. A., & Suradi, N. R. M. (2025). Penambahbaikan Prinsip Umi: Satu Analisis Terhadap Kajian Awam Negeri Kelantan Menerusi Model Kano. Journal of Quality Measurement and Analysis, 21(4), 373–387. https://doi.org/10.17576/jqma.2104.2025.19

Issue

Section

Articles