Meramalkan Prestasi Penyelidikan Melalui Keberkesanan Diri Penyelidik: Satu Analisis SEM
DOI:
https://doi.org/10.17576/jqma.2203.2026.05Keywords:
keberkesanan diri, penyelidik, pemodelan persamaan strukturAbstract
Keperluan terhadap tenaga kerja yang kompeten dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) menjadi semakin kritikal bagi memastikan pelaburan besar kerajaan dalam R&D yang diperuntukkan kepada universiti memberikan impak maksimum dan mengelakkan pembaziran sumber. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara keberkesanan diri penyelidik dan prestasi penyelidikan, yang merangkumi kedua-dua prestasi penyelidikan yang dipersepsikan dan prestasi penyelidikan sebenar. Pemodelan persamaan berstruktur menggunakan kaedah penganggaran kebolehjadian maksimum telah digunakan untuk menganalisis hubungan antara pemboleh ubah. Soal selidik telah dibangunkan sebagai instrumen kajian untuk mengukur keberkesanan diri penyelidik dalam menjalankan aktiviti penyelidikan secara berkesan dan telah diedarkan kepada ahli Persatuan Pegawai Penyelidik Malaysia. Daripada 532 soal selidik yang diedarkan secara dalam talian melalui Google Forms, sebanyak 219 telah dikembalikan, mewakili kadar respons sebanyak 41%. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan diri penyelidik merupakan peramal yang signifikan bagi kedua-dua prestasi penyelidikan yang dipersepsikan dan prestasi penyelidikan sebenar. Dapatan ini mempunyai implikasi penting dalam memperkukuh keupayaan penyelidikan dalam kalangan penyelidik universiti awam serta menyumbang kepada pembangunan strategi yang bertujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti penyelidikan universiti secara keseluruhan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Journal of Quality Measurement and Analysis

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC BY 4.0).
This license permits unrestricted use, distribution, and reproduction in any medium, provided the original work is properly cited.




